Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Rusia bersetuju menubuhkan kumpulan kerja ekonomi dua hala dengan Amerika Syarikat di samping rundingan ketenteraan dan politik di Geneva, sebagai langkah untuk memahami lebih jelas maksud “kerjasama saling menguntungkan” yang dilaungkan oleh pentadbiran AS.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Rusia telah bersetuju mengetengahkan penubuhan kumpulan kerja ekonomi dua hala bersama Amerika Syarikat
00:05sebagai satu langkah tambahan di sepanjang perundingan politik dan ketenteraan di Geneva.
00:11Menteri Luar Negara Rusia Sergei Lavrov berkata persetujuan itu membentuk platform bagi diskusi mengenai isu-isu ekonomi
00:18dan memahami maksud kerjasama yang saling menguntungkan menurut pentadbiran Amerika.
00:26Menurut media antarabangsa, Rusia dan Amerika Syarikat akan menggunakan kumpulan kerja ekonomi itu
00:32bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan kerjasama ekonomi selain perundangan dalam bidang ketenteraan dan politik di Geneva yang sedang berlangsung.
00:42Lavrov menegaskan persetujuan itu merupakan usaha untuk memahami konsep kerjasama yang saling menguntungkan
00:48menurut pendekatan pentadbiran Presiden Donald Trump.
00:51Beliau juga menyatakan hubungan antara Rusia dan Amerika adalah pragmatik yang mana kedua-dua negara saling mengakui kepentingan nasional masing
01:00-masing.
01:01Kedua-dua pihak turut berhasrat membincangkan projek-projek yang boleh memberi manfaat bersama.
01:06Namun Lavrov turut mengulas pandangan bahawa Amerika Syarikat cuba menyingkirkan Rusia daripada pasaran tenaga global
01:13disebalik hasrat Washington untuk memulakan kerjasama saling menguntungkan.
Comments

Recommended