Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
MISC Bhd menembusi pasaran Papua New Guinea buat kali pertama menerusi pemerolehan kontrak pajakan kapal kosong serta Operasi dan Penyelenggaraan (O&M) jangka panjang bagi sebuah unit Penyimpanan dan Pemunggahan Terapung (FSO).
Transcript
00:00MISC Berhad menembusi pasaran Papua New Guinea buat pertama kali menerusi permulehan kontrak pajakan kapal kosong serta operasi dan penyelenggaraan
00:11ONM.
00:11Jangka panjang bagi sebuah unit penyimpanan dan pemunggahan terapung FSO.
00:17Kontrak itu diperoleh daripada ExxonMobil PNG Limited, anak syarikat kepada ExxonMobil Corporation yang juga pengendali projek PNG LNG.
00:27Dalam kenyataan pada Khamis, MISC memaklumkan kontrak berkenaan merangkumi tempoh pajakan tetap selama 15 tahun dengan pilihan lanjutan sehingga tambahan
00:3615 tahun.
00:37Ia sekaligus menyediakan keterlihatan hasil jangka panjang yang kukuh serta menyokong strategi delivering progress di bawah teras berdaya tahan.
00:46FSO itu bakal menjadi kemudahan terapung luar pesisir pertama di Papua New Guinea dan akan ditempatkan di Terminal Marine Kumul
00:54sebagai sebahagian daripada sistem saluran paip kutubu.
00:58Kemudahan itu akan menyokong penyimpanan dan pemunggahan hidrokarbon cecair termasuk minyak mentah serta kondensat daripada pelbagai lapangan manakala gas berkaitan
01:09akan disalurkan ke projek PNG LNG.
01:12Projek PNG LNG mempunyai kapasiti pengeluaran melebihi 8.3 juta tan metrik setahun dan dikendalikan ExxonMobil PNG Limited bersama beberapa
01:23rakan kongsi antarabangsa dan tempatan.
01:26Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MISC Zahid Osman berkata, perolehan kontrak itu menandakan pencapaian penting dalam pengembangan portfolio luar
01:36pesisir kumpulan serta memperkukuh kerjasama global jangka panjang dengan ExxonMobil.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended