Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Polis Thailand merampas 843 tan kaki ayam yang didakwa diseludup dari Malaysia dan China selepas penghantaran itu diisytiharkan secara salah sebagai barangan sejuk beku dan dipintas di Pelabuhan Laem Chabang, Chonburi.
Transcript
00:00Polis Thailand merampas 843 tan kaki ayam yang didakwa di seludup dari Malaysia dan China.
00:07Jabatan Kastam dan Jabatan Penternakan Thailand melancarkan siasatan selepas menerima aduan tentang 32 kontena yang datang dari negara dikategorikan sebagai
00:17berisiko tinggi wabak penyakit.
00:20Penghantaran itu dipintas di pelabuhan Laim Cabang di wilayah Chonburi selepas diisytiharkan secara salah sebagai barangan sejuk beku.
00:30Kesemua barang rampasan itu ditemui dalam tiga fasa operasi pada 21 Januari, 22 Januari dan 14 Februari.
00:38Pihak berkuasa memaklumkan tiada syarikat tampil mengaku sebagai pemilik atau melengkapkan dokumen kastam.
00:44Lebih 700 tan dikatakan datang dari Malaysia manakala 143 tan dari China.
00:50Pengarah Pejabat Kastam Pelabuhan Laim Ciebang berkata pengimport mungkin berdepan tuduhan membuat pengisih haran palsu bagi mengelak sekatan dan mengimport
01:00barangan tanpa kebenaran.
01:01Dalam perkara itu, Ketua Sementara Stesen Kuarantin Haiwan Chonburi pula menegaskan impor daging mesti mendapat kebenaran pihak berkuasa serta disertakan
01:11dokumen pengesahan asal-usul dan pemeriksaan penyakit.
01:15Katanya perhidupan daging tanpa pemeriksaan boleh mencetuskan wabak penyakit haiwan, mengancam kesihatan pengguna dan menjejaskan persaingan adil.
01:25Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan pihak yang terlibat.
Comments

Recommended