00:00Bertemu kembali, umat Islam di seluruh dunia memulakan ibadah puasa Ramadan 1447 hijrah dengan perbezaan tarikh antara 18 dan 19
00:10Februari 2026.
00:11Perbezaan itu bergantung kepada kaedah penentuan awal bulan sama ada melalui Rukiah Hilal atau kiraan Falak.
00:21Di Arab Saudi, Ramadan bermula 18 Februari selepas anak bulan dilaporkan kelihatan pada petang 17 Februari.
00:30Keputusan itu menjadi rujukan kepada beberapa negara majoriti Islam lain seperti Emirat Arab Bersatu, Qatar, Bahrain dan Kuwait yang memulakan
00:39puasa pada 18 Februari selepas pengesahan kenampakan hilal oleh pihak berkuasa agama masing-masing.
00:46Beberapa negara lain termasuk Yemen, Afganistan dan Palestine juga memulakan Ramadan pada tarikh yang sama.
00:52Sementara itu, Oman dan Turki menetapkan 19 Februari sebagai hari pertama Ramadan berdasarkan keputusan pihak berkuasa agama negara itu.
01:01Di Australia, keputusan yang sama dibuat berdasarkan perbincangan majlis fatwa negara itu.
01:06Singapura juga menetapkan 19 Februari sebagai permulaan Ramadan selepas kiraan Falak menunjukkan anak bulan tidak kelihatan pada 17 Februari.
01:15Malaysia dan Brunei memulakan puasa pada 19 Februari selepas anak bulan tidak kelihatan pada hari cerapan sekaligus melengkapkan 30 hari
01:24bulan Syaban.
01:25Indonesia juga menetapkan 19 Februari sebagai hari pertama Ramadan selepas sidang isbat mengambil kira laporan rukiah dan data astronomi.
01:34Negara-negara lain termasuk Mesir, Tunisia, Libya, Jordan dan Syria juga memulakan puasa pada 19 Februari.
01:43Terima kasih telah menonton!
Comments