00:01Baik, laporan selanjutnya buat masa ini kita ke laporan ini terlebih dahulu.
00:04Proses tawaran haji bagi tahun ini berjalan dengan lebih lancar dengan 31,600 kuota haji yang diperuntukkan telah diisi sepenuhnya.
00:13Pengarah urusan kumpulan dan Ketua Pegawai Ezeketif Lembaga Tabung Haji TH, Mustaqim Mohamad berkata untuk tahun ini, pihak Tabung Haji
00:22telah menerima sekitar 85,000 permohonan rayuan.
00:28Menurut Mustaqim dengan inisiatif penambahbaikan TH, terutamanya peringatan agar bakal jemaah membuat persediaan kuota haji rasmi negara telah dapat dipenuhi
00:39lebih awal.
00:39Beliau menjelaskan hasil usaha ini, kadar penangguhan bagi musim ini menurun dengan ketara kepada 18% berbanding kira-kira 50
00:48% pada musim terdahulu.
00:50Mustaqim berkata berikutan jumlah rayuan yang tinggi, permohonan akan ditutup bermula satu Ramadan ini.
00:57Ujar beliau rayuan yang telah dikemukakan sebelum tarikh berkenaan akan diteruskan, diproses dan dinilai.
01:03Mustaqim berkata sekiranya terdapat kekosongan pada saat akhir akibat pembatalan atau penangguhan, pengisian akan dibuat daripada senarai rayuan sedia ada
01:12berdasarkan merit dan syarat yang ditetapkan.
01:15Malaysia menerima kuota tahunan seramai 31,600 jemaah dengan penerbangan pertama dijaduakan pada 18 April, manakala penerbangan terakhir 20 Mei
01:26dan hari wukuf dijangka berlangsung pada 26 Mei.
Comments