00:00Kementerian Pendidikan KPM akan meneruskan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan praskolah swasta
00:06serta ibu bapa bagi memberikan penjelasan perkara berbangkit berhubung kemasukan murid tahun satu pada usia enam tahun.
00:15Menterinya Fandina Siddiq berkata KPM sentiasa terbuka menerima pandangan yang dibangkitkan mana-mana pihak
00:21termasuk pengusaha tadika swasta yang dilaporkan belum berpuas hati dengan beberapa aspek dasar berkenaan.
00:30Menurutnya jika masih terdapat isu yang belum diselesaikan, KPM tidak mempunyai masalah untuk mengadakan sesi libat urus
00:37susulan bagi memastikan setiap persoalan dapat diperjelaskan.
00:42Tambah beliau KPM sangat prihatin kepada semua isu yang dibangkitkan semasa sesi libat urus yang berlangsung.
00:49Media sebelum ini melaporkan KPM telah mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika swasta
00:54bagi membincangkan strategi pelaksanaan kemasukan kanak-kanak berumur enam tahun ke tahun satu
01:00bermula pada 2027 selaras dengan pelaksanaan kurikulum baharu persekolahan.
01:06Mengulas lanjut, Fandina menjelaskan kemasukan murid berusia enam tahun ke tahun satu adalah bersifat pilihan dan bukan mandatori.
01:14Mengulas kebimbangan ibu bapa khususnya di luar bandar, Fandina berkata prasekolah di sekolah kerajaan
01:20masih menerima kanak-kanak berusia enam tahun seperti biasa dan tiada paksaan untuk meneruskan ke tahun satu lebih awal.
Comments