00:00Tiga penduduk awam dari Korea Selatan dilaporkan menerbangkan drone ke Korea Utara sebanyak empat kali sejak Presiden Lee Jae-myung
00:08memegang jawatan tahun lalu.
00:10Menteri Penyatuan Korea Selatan, Chung Dong-yong pada Rabu berkata, berdasarkan siasatan bersama polis dan tentera, trio tersebut menerbangkan drone
00:19berkenaan antara September 2025 dan Januari lalu.
00:41Dalam pada itu pihak berkuasa sedang menyiasat ketiga-tiga individu atas syak melanggar undang-undang keselamatan, penerbangan serta membantu musuh.
00:50Tambah Dong-yong beberapa pegawai risikan tentera dan perkhidmatan perisikan negara turut disiasat kerana kemungkinan terlibat.
00:57Dalam pada itu adik kepada pemimpin Korea Utara Kim Yo-jong menggesa Seoul menyiasat isu tersebut dan memberi amaran provokasi
01:05boleh membawa kepada situasi yang dasyat.
Comments