Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kerajaan Indonesia menolak cadangan penghantaran bantuan beras daripada diaspora Aceh di Malaysia bagi mangsa banjir dan tanah runtuh, memandangkan negara itu mencukupi bekalan beras, namun menegaskan bantuan lain masih boleh dipertimbangkan.
Transcript
00:00Kerajaan Indonesia menolak cadangan penghantaran bantuan beras daripada diaspora Aceh di Malaysia kepada mangsa banjir dan tanah runtuh di wilayah
00:09tersebut.
00:10Menteri dalam negeri Indonesia Tito Karnavian berkata, kerajaan beranggap bekalan beras dalam negara sudah mencukupi dan tidak memerlukan import tambahan.
00:21Jelas beliau bantuan dalam bentuk lain lebih sesuai berdasarkan keperluan semasa mangsa, terutama barangan kehidupan harian lain selain beras.
00:31Diaspora Aceh di Malaysia telah mengumpul pelbagai bantuan termasuk minyak masak, gula pasir, air mineral, makanan siap saji, pakaian baru,
00:41Al-Quran dan kemudahan tandas.
00:43Namun barangan tersebut masih ditahan di pelabuhan Port Kelang untuk mematuhi peraturan import Indonesia.
00:51Bagi beberapa barangan seperti minyak masak dan gula pasir, surat kelulusan daripada Kementerian Teknikal seperti Kementerian Pertanian diperlukan
01:00bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan dasar perdagangan dan pelindungan industri tempatan.
01:06Tito menegaskan jika bantuan diluluskan, pengakihannya akan dipantau oleh pihak berkuasa termasuk tentera dan polis
01:14agar terus disalurkan kepada mangsa di pusat pemindahan sementara dan tidak disalahgunakan.
01:21Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended