Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Justeru Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata
persepsi yang mengaitkan penularan tuberkulosis (tibi) dengan kemasukan warga asing adalah tidak tepat berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang menunjukkan jumlah kes dalam kalangan warganegara lebih tinggi ketika ini.
Transcript
00:00Sebanyak 85% daripada kes tuberculosis TB yang dilaporkan di negara ini melibatkan rakyat tempatan manakala hanya 15% membabitkan
00:09warga asing.
00:11Justru Menteri Kesehatan Datuk Seri Dr. Zulkifir Ahmad berkata, persepsi yang mengaitkan penularan TB dengan kemasukan warga asing adalah tidak
00:19tepat berdasarkan data Kementerian Kesehatan KKM yang menunjukkan jumlah kes dalam kalangan warga negara lebih tinggi ketika ini.
00:30Katanya ini bermakna risiko penularan dalam komuniti tempatan adalah nyata dan tidak boleh dipenang enteng.
00:37Tambahnya TB bukan fenomena baru dalam landscape kesihatan awam. Sebaliknya telah lama wujud dan kekal sebagai penyakit endemik yang memerlukan
00:45perhatian serius semua pihak.
00:47Ujar Zulkifir lagi, TB juga bukan sekadar isu klinikal tetapi merupakan penyakit yang berkait rapat dengan faktor sosioekonomi seperti kesesakan
00:55penempatan dan kekurangan zat makanan.
00:57Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat supaya cakna terhadap gejala seperti batuk melebihi dua minggu, demam atau berpeluh waktu malam dan
01:06susut berat badan dan segera mendapatkan pemeriksaan serta rawatan di klinik.
01:11Antara lain, beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak memulaukan pesakit sambil menegaskan sokongan emosi daripada keluarga dan komuniti adalah kunci
01:20utama untuk pesakit melengkapkan rawatan.
01:23Katanya, KKM komited memperkasakan strategi pengesanan aktif dan bekerjasama dengan pelbagai agensi melalui pendekatan Whole of Government bagi menamatkan endemik
01:33TB di Malaysia.
01:34Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended