00:00Raja Maghribi Raja Mohamad ke-6 mengarahkan kerajaan melaksanakan program bantuan dan sokongan berskala besar, susulan cuaca luar biasa yang
00:09melanda negara itu sejak 2 bulan lalu.
00:11Menurut kenyataan Pejabat Ketua Kerajaan, cuaca ekstrim itu diisytiharkan sebagai bencana dan kerajaan memperuntukkan 3 bilion dirham bagi melaksanakan program
00:22bantuan berkenaan.
00:25Ia berdasarkan penilaian menyeluruh terhadap kesan ekonomi dan sosial di lapangan.
00:30Antara fokus utama program itu ialah bantuan penempatan semula, pampasan kehilangan pendapatan, pemulihan rumah serta perniagaan kecil dan pembinaan semula
00:40rumah yang runtuh berjumlah 775 juta dirham.
00:43Selain itu, 225 juta dirham diperuntukkan bagi bantuan barangan dan pengukuhan operasi kecemasan manakala 300 juta dirham untuk membantu para
00:53petani dan pertenak.
00:55Sementara 1.7 bilion dirham pula disalurkan bagi membaik pulih jalan raya, infrastruktur hidup pertanian dan rangkaian asas.
01:04Dalam kenyataan sama, Raja Muhammad ke-6 menegaskan program itu perlu dilaksanakan secara cekap dan pantas bagi membolehkan penduduk kembali
01:13menjalani kehidupan seperti biasa.
01:15Untuk rekod, cuaca luar biasa itu menyebabkan lebih 110,000 hektare kawasan dilanda banjir dan hampir 188,000 penduduk terpaksa
01:25berpindah.
01:26Terima kasih kerana menonton!
Comments