00:00Kongres Peru menyingkirkan Presiden Jose Harry pada selasa hanya 4 bulan selepas beliau memegang jawatan tersebut.
00:07Langkah itu dilakukan susulan skandal melibatkan beberapa pertemuan rahsia beliau dengan seorang ahli perniagaan Cina.
00:16Skandal yang digelar Cifaget iaitu nama yang merujuk kepada panggilan tempatan untuk restoran Cina
00:22mencetuskan kontroversi selepas Harry dirakam tiba di sebuah restoran pada waktu malam
00:27dengan memakai hood untuk bertemu seorang ahli perniagaan dari Cina, Zee Huayang,
00:33pebilik beberapa kedai dan konsesi projek tenaga.
00:36Penyingkiran ini sekali lagi memanjangkan krisis politik yang telah mencengkam negara anda situ sejak hampir sedekat.
00:43Seramai 75 ahli Kongres mengundi untuk menyingkirkan Harry,
00:47sementara 24 lagi membantah manakala 3 lagi berkecuali.
00:51Susulan itu ahli parlimen akan memilih ketua Kongres baru yang secara otomatik
00:55akan mengambil alih jawatan Presiden Peru,
00:58menjadikannya Presiden ke-8 negara itu dalam tempoh 8 tahun.
01:02Parti-parti mempunyai sehingga jam 6 petang waktu tempatan untuk mengemukakan calon dan Kongres
01:07akan mengundi Presiden baru pada Rabu.
01:10Harry merupakan Presiden ketiga berturut-turut yang disingkirkan dari jawatan.
01:15Tidak seperti proses pemecatan rasmi yang memerlukan majoriti 87 undi daripada 130 ahli,
01:21Kongres memilih untuk mencela Harry.
01:23Ia hanya memerlukan majoriti mudah dan secara otomatik
01:27menggugurkan jawatannya sebagai ketua Kongres.
Comments