00:00Polis menahan seorang lelaki warga emas dipercayai terlibat dalam perbuatan hianat memecahkan skrin mesin pengeluaran wang automatik ATM di beberapa
00:09cawangan bank di sekitar Jinjang, Ibu Negara.
00:12Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Basri Sagoni berkata, suspek warga tempatan berusia 65 tahun itu ditahan pada 3.21 petang
00:20Rabu.
00:24Polis turut merampas sebuah motosikal, topi keledar, pakaian dan seketul batu yang digunakan dalam jenayah berkenaan.
00:31Kata Basri, siasatan awal mendapati suspek memecahkan skrin mesin berkenaan menggunakan batu kerana tidak berpuas hati selepas gagal mengeluarkan wang
00:39daripada mesin ATM.
00:41Dengan penahanan itu, polis berjaya menyelesaikan 5 kes hianat pecah skrin mesin ATM yang dilaporkan sebelum ini.
00:48Basri berkata siasatan lanjut diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk pertuduhan.
00:57Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki disyaki terlibat dalam sirih kes hianat memecahkan beberapa mesin ATM di sekitar Jinjang dengan anggaran
01:05kerugian RM64,000.
Comments