Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Seorang lelaki berusia 18 tahun ditahan selepas berlari ke arah bangunan U.S. Capitol dengan shotgun sarat peluru. Polis menemui tactical vest, helmet Kevlar dan topeng gas dalam kenderaannya. Insiden berlaku hanya seminggu sebelum Presiden Donald Trump menyampaikan State of the Union. Ketua Polis Capitol menegaskan keselamatan tetap diperkukuh dan persiapan berjalan seperti biasa.
Transcript
00:00Seorang lelaki berusia 18 tahun ditahan selepas berlari ke arah bangunan US Capitol sambil memegang senapang patah yang syarat dengan
00:08peluru.
00:09Menurut Ketua Polis Capitol Michael Sullivan, suspek memakai pakaian taktikal dan polis menemui topi keledar Kevlar serta topeng gas di
00:19dalam kenderaan Mercedes SUV putih yang dipandunya.
00:23Sullivan berkata suspek tiba di lokasi sekitar tengah hari meletakkan SUV berkenaan di Maryland Avenue sebelum keluar dan berlari ratusan
00:32meter menuju kebangunan pusat kongres AS itu.
00:37Polis kemudiannya mengarah suspek menjatuhkan senjata dan dia mematuhinya sebelum ditahan. Motif serangan masih belum diketahui.
00:44Insiden ini berlaku kurang tiga bulan selepas seorang anggota pengawal kebangsaan terbunuh dalam serangan hendap berhampiran White House.
00:52Kata Sullivan adalah terlalu awal untuk menentukan sama ada ahli kongres menjadi sasaran suspek berkenaan.
00:59Tegasnya pasukan keselamatan sedang memperkukuh kesiapsiagaan memandangkan Presiden Donald Trump dijangka menyampaikan State of the Union minggu depan di Capitol.
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended