Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
NGO Malaysia, V1M, bersama sukarelawan bantu bersihkan rumah mangsa banjir di Aceh, bina telaga, dan salur bantuan sebelum Ramadan.
Transcript
00:00NGO Sukarelawan One Malaysia V1M sedang berusaha membersihkan kediaman mangsa banjir di Aceh menjelang bulan Ramadan.
00:09Ahli jawatan kuasa V1M Naimah Abdullah berkata, sejak 16 hari lalu para sukarelawan berusaha untuk membersihkan kediaman menggunakan jengkaut yang
00:19disewa khas.
00:23Menurutnya, operasi tersebut menelan kos hampir RM30,000 melalui sumbangan warga Malaysia dan hampir 80% daripada 35 buah rumah
00:32di Kampung Mayangcut di Pidijaya Aceh berjaya dibersihkan.
00:36Naimah berkata, terdapat 10 wakil sukarelawan bersama mahasiswa dari Malaysia yang turut menggajikan warga Aceh untuk bersama-sama melaksanakan operasi
00:45tersebut.
00:46Kami ada sewakan, kami sewakan, dua biji eksperator, lima lori tipe dan beberapa peratan pembersihan beli daripada bandar Aceh.
01:00Dengan bantuan daripada sahabat kami di Aceh, Encik Ayah, dia yang uruskan semua sebelum kami datang ke sini.
01:08Tambahnya, selain jengkaut, pihak NGO turut membeli 10 set kereta sorong, cangkul, serkup, pongkis, dua set penembak air serta penyewa
01:17dua pump air.
01:19Malah para sukarelawan juga berjaya membina dan membaiki 12 buah telaga bagi memudahkan keperluan harian penduduk yang telah bergelut dengan
01:27kesan bencana sejak 26 November lalu.
01:30Reaksi orang kampung setelah bila kita dah boleh keluarkan tanah daripada rumah, jangan kata keluar. Masa jentera itu datang untuk
01:40korek dan korek bahagian depan pun diorang dah bersyukur sangat.
01:43Sebab apa kita dah beri harapan dan bantuan yang diorang sangat perlukan pada ketika dan saat mereka dah memang buntu.
01:51Macam mana buntu untuk mendapatkan bantuan tu. Dan kita, kami sendiri yang lihat ni rasa tak sangka lah benda ni
02:02kami boleh lakukan dengan masa yang agak singkat dan kami pun bersyukur sangat
02:11kerana bantuan daripada rakan-rakan kami di Malaysia dapat juga kami laksanakan proses ni.
02:19Menurut Naimah, pihaknya juga melaksanakan kerjasama bersama pihak berkuasa Indonesia iaitu Tentera Negara Indonesia TNI dan Agensi Nasional Pengurusan Bencana
02:29BNPB.
02:30Pada masa sama, tujuh NGO di Malaysia turut menyalurkan bantuan termasuk Perituanis TNB Cawangan Johor Bahru, Persatuan Kebajikan Gerobok Iman
02:39Hawa,
02:41Pertubuhan Kebajikan Warga Desa Hulus Lango, Persatuan Gerakan Amal Bersama, Perak Kini dan Cempaka Merah Asnaf Society.
02:49Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended