00:00Proses tapisan yang teliti dan menyeluruh dilaksanakan bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak dan berpengalaman dilantik menganggutai Suruhanjaya
00:11Bebas Tata Kelakuan Polis atau IPCC.
00:14Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu penting bagi memastikan mereka yang diberi kepercayaan, mampu memikul
00:23amanah serta menyumbang kepada sistem tatbik urus Pasukan Keselamatan Negara dengan berkesan.
00:32Menerusi hantaran di Facebook, Saifuddin berkata beliau percaya gabungan pengalaman, ketegasan serta pandangan segar yang mereka bawa akan memberi nilai
00:40tambah kepada peranan IPCC sebagai badan semak dan imbang.
00:45Beliau terdahulu menyampaikan surat cara pelantikan kepada timbalan pengerusi dan anggota IPCC pada Isnin.
00:51IPCC ialah Badan Pemantau Bebas yang beroperasi di bawah Akta Suruhanjaya Bebas Tata Kelakuan Polis sejak 1 Julai 2023.
01:00Ia bertujuan meningkatkan integriti, menyiasat salah laku anggota polis di Raja Malaysia seperti rasuah dan penyiksaan dan mengesyorkan tindakan tata
01:10tertib.
Comments