Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Sultan Selangor titah rakyat jangan terpedaya politik perpecahan, kekalkan perpaduan, hormat budaya dan perayaan semua kaum.
Transcript
00:00Sultan Selangor Sultan Syarafuddin Idris Shah bertitah menyeru rakyat tidak terpengaruh dengan sikap segelintir pihak, khususnya ahli-ahli politik yang
00:10gemar meniup api perpecahan demi kepentingan sempit.
00:14Baginda bertitah perpaduan yang dibina sekian lama tidak harus digadai oleh retorik yang memecah belahkan rakyat.
00:24Berderusi hantaran di Facebook Selago Royal Office pada Isnin, Baginda bertitah Malaysia adalah milik bersama dan keharmonian yang dikecapi hari
00:33ini adalah hasil toleransi kebijaksanaan generasi terdahulu.
00:37Dalam pada itu, Baginda turut berharap agar rakyat jelata terus memelihara keharmonian dengan menjadikan nilai kesederhanaan, rasa hormat dan semangat
00:46kekitaan sebagai pegangan bersama.
00:49Pada masa sama, Baginda menasihati orang ramai menghormati perayaan agama dan budaya kaum lain sebagaimana perayaan melibatkan bangsa sendiri dihormati.
00:59Baginda juga bertitah agar Tahun Baru China membawa sinar harapan baharu, memperkukuhkan perpaduan serta menambahkan rasa kasih sayang antara masyarakat.
Comments

Recommended