00:00Sebilangan bandar dan pekan di seluruh China mengadakan sambutan meriah sempena Tahun Baharu China yang bermula selasa.
00:08Tahun ini, sambutan penting masyarakat China berkenaan jatuh pada 17 Februari menandakan kedatangan Tahun Kuda,
00:16haiwan ketujuh dalam kitaran Zodiac China selama 12 tahun.
00:22Di Xiangyang, wilayah Hubei di tengah China, ribuan tanglong menerangi langit malam di atas kota Purba.
00:28Di Shiha, sebuah pekan lama di wilayah Anhui di timur China yang berusia lebih 600 tahun,
00:35penduduk berarap membentuk seekor naga sepanjang 110 meter dibuat daripada 37 set tanglong.
00:42Di Dachau, wilayah Sichuan di barat daya China, sambutan naga berapi yang menggabungkan tarian naga dan bunga api diadakan di
00:50jalan-jalan lama.
00:51Jinning di wilayah Shandong, timur China pula menganjurkan persembahan besar yang menampilkan seni persembahan tradisional
00:58serta robot yang memukul gendang Purba.
01:01Di Huating, wilayah Gansu di barat laut China, beberapa kampung mengadakan pelbagai sambutan berwarna-warni
01:08termasuk tarian singa, tarian naga, drama tradisional dan aktiviti kesenian rakyat lain.
01:15Tahun baru China juga dikenali sebagai festival musim bunga, menandakan bermulanya tahun baharu dalam kalender tradisional China.
Comments