Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
KBS rancang kerjasama dengan rumah ibadat pelbagai agama bagi membentuk sahsiah belia sebagai pemimpin masa depan negara.
Transcript
00:00Peranan masjid harus terus diperkukuh dalam membentuk sahsiah anak muda sebagai persiapan menjadi pemimpin masa depan negara.
00:08Namun, Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohd Taufik Johari berkata, KBS turut merancang untuk melebarkan kerjasama dengan rumah ibadat agama
00:17lain dalam agenda pembangunan belia.
00:21Tidak terhenti di masjid semata-mata, kita juga di peringkat Kementerian Belia dan Sukan turut akan bekerjasama dengan rumah-rumah
00:31ibadat yang lain
00:31seperti tokong, kuil, wad siam dan sebagainya, gereja dan sebagainya untuk kita memastikan tidak kira agama, tidak kira bangsa, tidak
00:41kira kaum
00:42semua juga perlu untuk dibentuk sahsiah jati dirinya untuk menjadi pemimpin masa depan yang berkualiti.
00:49Beliau berkata demikian semasa sidang media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Dr. Zulkifi Hassan
00:56di majlis pra-peluncuran rakan masjid ex-rakan muda Ramadan di Putrajaya pada Isnin.
01:03Tambahnya peranan belia penting sebagai jambatan menyatupadukan masyarakat tak kala wujud cabaran melibatkan kaum di Malaysia.
01:12Menyentuh mengenai program tersebut, Taufik berkata pelbagai pengisian melibatkan kerjasama
01:18antara kedua-dua kementerian telah dirangka untuk para belia.
01:24Beliau turut menyeru orang ramai melibatkan pelbagai kaum dan agama untuk hadir di program Jom Buka Bersama
01:30pada 22 Februari depan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur sempena bulan Ramadan.
Comments

Recommended