00:00Bertemu kembali, seorang peniaga wanita mengaku bersalah di Mahkamah Magistret Kulim pada Isnin atas pertuduhan berkelakuan tidak senonoh termasuk dengan
00:09sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis serta melakukan hianat terhadap harta awam.
00:16Tertuduh Nur Aidi Muhammad Nur berusia 32 tahun membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Nur Hamizah
00:25Matsyah.
00:28Bagi pertuduhan pertama, tertuduh membuat pengakuan bersalah sengaja menyebabkan cedera ke atas seorang anggota polis, manakala pertuduhan kedua menyebabkan kebinasaan
00:37kepada cermin pintu kaunter aduan balai polis berkenaan.
00:41Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa berkelakuan tidak senonoh di balai polis pada jam lebih kurang 3.30 petang Jumaat.
00:49Oleh demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan bawah Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang boleh dihukum bawah Seksyen 94 Akta yang
00:59sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
01:08Berdasarkan pertuduhan berasingan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Lance Corporal Muhammad Irfan Matsyukri pada jam dan hari sama.
01:18Dia telah melakukan kesalahan bawah Seksyen 332 Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda atau kedua
01:26-duanya jika sabit kesalahan.
01:28Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan niat hendak menyebabkan kerugian kepada harta milik balai polis Sungai Kop iaitu kebinasaan kepada
01:35cermin pintu kaunter aduan pada jam 3.45 petang hari sama.
01:41Disebabkan itu, dia telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 426 Kanun Kesiksaan.
01:47Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 5 tahun atau denda atau kedua-duanya.
01:53Mahkamah menetapkan 30 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Comments