Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata sebanyak 318 pegawai dan anggota akan ditempatkan di lapangan sepanjang Ops Selamat yang bermula Ahad (15 Februari) hingga 20 Februari bagi menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan.
Transcript
00:00Polis Negeri Sembilan akan meningkatkan penguatkuasaan di 12 lokasi panas atau hotspot yang kerap berlaku kesesakan serta 4 lokasi black
00:09spot kemalangan sepanjang Op Selamat 25, Sempena Perayaan Tahun Baharu China.
00:15Ketua Polis Negeri Sembilan, Dato' Al-Zafni Ahmad berkata, antara lokasi hotspot termasuk Jalan Rasah, Plaza Tol Port Dixon, Jalan
00:24Batang Benar, Jalan Seremban Kuala Pilah dan Jalan Seremban Tampin.
00:31Manakala kawasan black spot antaranya Jalan Port Dixon, Lubuk China dan Jalan Seremban Kuala Kelawang, Simpang, Pertang.
00:39Katanya seramai 318 pegawai dan anggota akan ditempatkan di lapangan sepanjang operasi yang bermula ahad hingga 20 Februari bagi menjalankan
00:48pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan.
00:51Beliau turut mengarahkan semua ketua polis daerah memastikan pegawai dan anggota serta jabatan selain trafik bekerjasama bagi menjamin keselamatan.
01:00Al-Zafni berkata sebanyak 800 ribu kenderaan dijangka memasuki Negeri Sembilan, sempena Tahun Baharu China pada kali ini berbanding 460
01:09ribu kenderaan pada hari biasa.
01:12Beliau juga meminta orang ramai menggunakan aplikasi volunteer smartphone petrol VSP atau mengisi borang balik kampung di balai polis terdekat
01:21supaya polis mengenalpasti dan meronda di kawasan rumah yang kosong ketika musim perayaan.
01:26Terima kasih.
Comments

Recommended