Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Masjid baharu sumbangan rakyat Malaysia yang hampir siap dan dijangka dirasmikan Mei depan turut dinamakan sebagai Masjid Sultan.
Transcript
00:00Syiar Islam terus berkembang pesat di bumi Afrika.
00:04Perkara ini disaksikan dengan pembinaan masjid baru khususnya di kawasan majoriti Muslim.
00:10Antaranya yang dibina dengan dana sumbangan rakyat Malaysia.
00:14Terkini amal Malaysia membina masjid wakaf ke-10 di Afrika yang dibina di Koseri, Kamerun.
00:23Pasukan sukarelawan amal Malaysia yang tiba di Kamerun dari cat Afrika pada Khamis
00:28disambut meriah masyarakat setempat termasuk Sultan Kuseri, Sultan Abba Mahamad II.
00:35Sultan Kuseri, salah satu sultan di wilayah di utara Kamerun
00:39juga menerima kunjungan hormat sukarelawan amal Malaysia
00:42yang turut mengerjakan solat Jumaat di masjid lama di kawasan itu.
00:46Masjid baru sumbangan rakyat Malaysia yang hampir siap dan dijangka dirasmikan Mei depan
00:51dinamakan sebagai Masjid Sultan.
00:54Masjid wakaf yang mula dibina pada 2023 itu
00:57sebelum ini tertangguh pembinaannya kerana masalah banjir dan beberapa isu lain
01:02membabitkan pihak kontrak tertempatan.
01:05Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
01:07Di belakang kami ini adalah masjid yang ke-10
01:09yang dibina oleh asamah Malaysia di bumi Afrika.
01:13Dapat memuatkan 2,500.
01:15Dan masjid ini kita namakan Masjid Sultan
01:17sempena nama Sultan Kuseri di tempat ini.
01:20Dan insyaAllah masjid ini 5 kali ganda lebih besar
01:23daripada masjid asal yang hanya memuatkan 500 jemaah.
01:27Empat sukarelawan amal Malaysia diketuai timbalan presidennya
01:31Nur Azman Isha kini dalam perjalanan ke sempadan timur
01:34Chad Sudan bagi misi Iftar for Sudan.
01:40Alhamdulillah
01:41Alhamdulillah
01:43Alhamdulillah
01:44Alhamdulillah
01:46Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended