Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Kuching City FC menepati ramalan apabila mencipta sejarah melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia 2026, setelah menewaskan Brunei DPMM FC dengan agregat 6-2.
Transcript
00:00Kucing City FC menepati ramalan apabila mencipta sejarah melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia 2026 setelah menewaskan Brunei DPMM FC
00:11dengan agregat 6-2.
00:13Pasukan bimbingan Aidil Syahrin Sahak ini menang 3-1 dalam aksi di setiap negeri bagi menunggu selangor FC untuk saingan
00:21separuh akhir.
00:24Gol pertama Kucing City FC dicetak menerusi Ronald Ngeh pada minit ke-28 sebelum James O'Kuasa melebarkan jaringan 14
00:33minit berselang.
00:35Separuh masa kedua menyaksikan Brunei DPMM berusaha bangkit merapatkan defisit jaringan dan hasilnya Hakim Yazid Zaid merembat masuk gol pada
00:44minit ke-54.
00:47Namun begitu kehadiran Gabriel Palmero yang membuat penampilan pertama pada minit ke-63 menggantikan Muhammad Daniel Asri meranapkan kebangkitan Brunei
00:56DPMM menerusi jaringan pada minit ke-69.
01:00Palmero yang juga pemain pertahanan Harimau Malaya merupakan antara tujuh pemain warisan yang sebelum ini dikenakan penggantungan 12 bulan oleh
01:08Persekutuan Bola Sepak Antara Bangsa FIFA pada September lalu.
01:11Sementara itu pengendali Kucing City FC Aidil Syarine Sahak berkata keupayaan menyerap tekanan dan strategi menyerang menjadi senjata yang membawa
01:20kejayaan pasukan bimbingannya.
01:22Bagi Ketua Jurulatih Brunei DPMM FC pihaknya menerima kekalahan itu dengan hati terbuka.
01:29Katanya pasukannya cuba bangkit pada separuh masa kedua namun Kucing City memiliki kelebihan untuk layak ke peringkat separuh akhir.
01:36Kucing City FC dijangka meneruskan saingan di separuh akhir dengan bertemu secara timbal balik dengan Selangor FC pada April depan.
Comments

Recommended