00:00Kerajaan Persekutuan sedang merangka rang undang-undang RUU bagi memperkukuh tindakan terhadap kegiatan judi haram dalam talian yang semakin membimbangkan.
00:11Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Fadilah Yusuf berkata, draft rang undang-undang berkenaan dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang
00:19sekiranya proses penggubalan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.
00:25Jelas Fadilah, langkah itu penting bagi membendung kesan negatif aktiviti berkenaan terhadap kesejahteraan sosial khususnya melibatkan golongan muda.
00:36Di Pekat Persekutuan, kerajaan sedang merangka undang-undang untuk menangani judi haram.
00:43So insyaAllah dalam sesi, diharapkan dapat dibawa dalam sesi Parlimen yang akan datang.
00:49Mesti sempat dalam Parlimen kali itu lah dan kita nak cari bagaimana cara kita datangkan ni lah.
00:55Kalau tidak dibendung maka ianya boleh menjejaskan dari segi sosial well-being, terutamanya generasi-generasi muda kita lah.
01:05So that's why government is looking at it seriously.
01:08Mengulas lanjut, Fadilah menjelaskan kerajaan sedang meneliti sama ada menggubal akta khas berkaitan judi haram dalam talian atau memasukkan peruntukan
01:17baharu di bawah Undang-Undang Jenayah Cyber sedia ada.
01:21Katanya pengukuhan Undang-Undang ini penting bagi memberi kuasa lebih jelas kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap sindikit dan
01:28penganjur.
01:28Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan geran tahunan berjumlah RM261,000 kepada 87 JKKK di kawasan Parlimen Petrajaya, Kuching
01:41pada Ahad.
01:42Ketika ini, kesalahan judi dalam talian adalah di bawah akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.
01:48Terima kasih kerana menonton!
Comments