Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Pejabat pendakwa raya turut mengumumkan yang ia sedang menjalankan analisis semula secara menyeluruh terhadap fail siasatan yang melibatkan Jean-Luc Brunel, bekas ejen peragaan dan sekutu Epstein.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pejabat Pendakwa Raya Paris pada Sabtu memaklumkan melantik beberapa magistrat untuk menganalisis bukti yang mampu mengaitkan warga negara Perancis susulan
00:09penerbitan file Jeffrey Epstein di Amerika Syarikat.
00:13Pejabat itu dalam kenyataan menjelaskan pihaknya sedang meneliti dokumen baru yang dikeluarkan di Amerika dengan kerjasama Pejabat Pendakwa Keuangan Negara.
00:24Ia antara lain berhubung dengan Direktorat Kebangsaan Polis Kehakiman bagi membuka siasatan sekiranya perlu.
00:31Pejabat Pendakwa Raya turut umumkan sedang menjalankan analisis semula secara menyeluruh terhadap file siasatan melibatkan Jean-Luc Brunel, bekas ejen
00:40peragaan dan sekutu Epstein.
00:42Akbar Tempatan Perancis melaporkan kes melibatkan Brunel sebelum ini ditutup tanpa tindakan lanjut selepas beliau meninggal dunia pada Februari 2022
00:52pada usia 75 tahun.
00:55Brunel yang ditahan reman sejak Disember 2020 ditemukan tergantung di dalam sel penjaranya.
01:02Menurut Pejabat Pendakwa Raya, tujuan semakan semula itu adalah untuk mengenalpasti sebarang bahan yang boleh diteliti dan berguna dalam siasatan
01:11baharu.
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended