Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
ARMADA mendakwa akaun Facebook rasmi BERSATU disabotaj pada 14 Februari 2026 melibatkan empat individu dengan akses pentadbiran penuh, termasuk pendedahan kronologi masa, penyingkiran serta pelantikan pentadbir sebelum akaun berjaya dipulihkan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Angkatan Bersatu Anak Muda atau Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia mendakwa beberapa individu termasuk pegawai khas kepada mantan timbalan presiden
00:09parti terlibat dalam insiden sabotaj akaun Facebook rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bersatu pada 14 Februari 2026.
00:18Menurut kenyataan media Ketua Penerangan Armada Haris Idaham Rashid, siasatan mendapati terdapat empat pentadbir kumpulan yang mempunyai akses penuh ke
00:27atas akaun berkenaan ketika kejadian berlaku.
00:31Empat individu tersebut dikenal pasti sebagai Ahmad Ikhwan Fadli, Mior Nakyuddin Syamsuddin, Fairuz Amri Ibn Suaid dan Ahmad Syafiq Adham.
00:40Armada memaklumkan hantaran berunsur sabotaj mula dimuat naik pada jam 8.54 pagi dan berakhir sekitar jam 11.44 malam
00:49pada hari yang sama melibatkan sebanyak 21 hantaran dalam tempoh hampir 15 jam.
00:55Menurut kenyataan itu, hantaran tersebut jelas menunjolkan naratif secara positif mantan timbalan presiden Bersatu dan sebaliknya terhadap presiden Bersatu, Tan
01:04Sri Muhyiddin Yassin.
01:05Selain itu, kenyataan itu turut mendedahkan tindakan awal bagi menguasai akaun telah dilakukan sehari sebelum kejadian iaitu pada 13 Februari
01:132026 antara jam 5.34 petang hingga 5.35 petang beberapa pentadbir kumpulan rasmi akaun tersebut telah dikeluarkan.
01:21Individu yang dikeluarkan daripada akses pentadbiran termasuk Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, Pegawai Media Presiden Muhammad Iqmal
01:30Abu Bakar, Pengarah Jabatan Komunikasi dan Media Baharu Armada, Naim Brandic, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Sanjeevan Ramakrishnan, serta dua
01:40Ahli Jawatan Kuasa Penerangan Pusat, Rio Rashid dan Frankie Ritz.
01:43Bagaimanapun, Armada memaklumkan keempat-empat individu yang terlibat telah berjaya dikeluarkan sepenuhnya daripada sebarang akses ke akaun Facebook rasmi parti
01:52pada 15 Februari 2026 jam 12.41 pagi.
01:56Pengurusan akaun tersebut kini dikatakan telah kembali sepenuhnya kepada pegawai-pegawai rasmi bersatu.
02:02Armada menyifatkan insiden itu sebagai bukti kewujudan unsur pengkhianatan dalaman dan menegaskan komitmen mereka untuk mempertahankan kepentingan serta kelansungan parti.
Comments

Recommended