Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
JPJ Pulau Pinang memberi tumpuan kepada 12 lokasi hotspot dan blackspot dalam pelaksanaan Ops Khas Tahun Baharu Cina 2026 dari 9 hingga 22 Februari bagi meningkatkan pematuhan undang-undang serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Pulau Pinang memberi tumpuan kepada 12 lokasi dikenalpasti sebagai hotspot dan black spot dalam pelaksanaan OPS
00:10khas Tahun Baru China 2026 yang berlangsung dari 9 hingga 22 Februari ini.
00:16Menurut pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang, Zulkifli Ismail, lokasi berkenaan melibatkan 4 zon merangkumi 5 daerah yang dikenalpasti sebagai
00:25kawasan berisiko tinggi serta kerap berlaku kemalangan jalan raya.
00:30Pihaknya menggerakkan keseluruhan 168 anggota yang akan melakukan rondaan setiap hari di lokasi berkenaan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta
00:39keselamatan pengguna jalan raya.
00:41Menurutnya JPJ turut memperluas penggunaan kamera badan dalam operasi kali ini bagi meningkatkan tahap integriti anggota penguatkuasa serta memastikan ketelusan
00:51ketika menjalankan tugas.
00:52Beliau berkata penggunaan kamera badan yang dilaksanakan sepenuhnya bermula awal tahun ini banyak membantu aspek penguatkuasaan termasuk sebagai bahan bukti
01:01sekiranya berlaku sebarang gangguan atau halangan ketika operasi di lapangan.
01:05Sementara itu Zulkifli berkata objektif utama pelaksanaan operasi berkenaan adalah untuk memastikan pematuhan peraturan lalu lintas sekaligus meminimumkan kadar kemalangan
01:15serta kematian akibat kemalangan jalan raya.
01:18Beliau berkata penguatkuasaan turut bertujuan memastikan kelancaran dan kecekapan operasi perkhidmatan pengangkutan awam disamping meningkatkan tahap keselamatan, kualiti serta keboleh
01:28harapan perkhidmatan kepada pengguna.
01:31Terdahulu dalam operasi bersepadu yang dijalankan dari 8.30 malam hingga 12.30 malam, sebanyak 584 kenderaan diperiksa dengan 167
01:40daripadanya diambil tindakan manakala 184 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
01:47Operasi itu disertai 61 pegawai dan anggota melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JSPT, Agensi Antidadah Kebangsaan
01:57AADK, Jabatan Alam Sekitar JAS, Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM, Jabatan Imigresen Malaysia JIM serta pihak konsesi Leburaya plus
02:07Malaysia Berhad.
02:08Selain tindakan oleh JPJ, sebanyak 10 saman dikeluarkan oleh JSPT manakala JAS melaksanakan 57 pemeriksaan serta mengeluarkan 11 kompaun dan
02:1811 notis arahan uji semula selain menjalankan 20 ujian meter asap.
02:24Terima kasih kerana menonton!
02:25Terima kasih kerana menonton!
02:26Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended