Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Empat angkasawan termasuk dua kru baharu tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa menaiki kapsul Dragon bagi misi Crew-12 yang dijadualkan berlangsung selama lapan bulan, menandakan penerbangan jangka panjang ke-12 NASA bersama SpaceX.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seramai empat angkasawan tiba di stesen angkasa antarabangsa ISS pada Sabtu bagi memulakan misi sain selama lapan bulan termasuk dua
00:09kru yang belum pernah ke angkasa lepas sebelum ini.
00:13Kru berkenaan tiba menaiki kapsul Dragon yang dinamakan Freedom selepas dilancarkan menggunakan roket SpaceX dari Florida pada Cumaat.
00:24Misi itu dikenali sebagai Kru 12 dan merupakan pasukan jangka panjang ke-12 ISS yang diterbangkan oleh NASA menggunakan kenderaan
00:33pelancaran milik SpaceX sejak syarikat itu mula menghantar angkasawan Amerika Syarikat ke Orbit pada Mei 2020.
00:41Kru 12 diketuai angkasawan veteran NASA Jessica Mayer, 48 tahun, seorang ahli biologi marin yang kini menjalani misi keduanya ke
00:50ISS.
00:50Ini merupakan misi keduanya dalam tempoh tujuh tahun.
00:55Untuk menyertai misi itu ialah Jack Hathaway, 43 tahun, bekas juruterbang pesawat pejuang tentera laut Amerika Syarikat yang pertama kali
01:02ke angkasa.
01:03Angkasawan agensi Angkasa Eropah Sophie Adeno, 43 tahun, seorang juruterbang helikopter berpengalaman dari Perancis serta kosmanot Rusia Andrei Fadayev, bekas
01:16juruterbang tentera yang kini menjalani misi keduanya ke ISS.
01:21Ketibaan kru 12 disambut tiga penghuni ISS sedia ada iaitu angkasawan NASA Chris Williams serta dua kosmonot Roskosmos Sergei Kutchevetskov
01:31dan Sergei Mikhaev.
01:33ISS yang sepanjang sebuah padang bola sepak dan merupakan struktur buatan manusia terbesar di angkasa dikendalikan secara berterusan oleh konsortium
01:42diketuai Amerika Syarikat dan Rusia dengan penyertaan Kanada, Jepun serta sebelas negara Eropah.
01:50Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended