00:00Chancellor Jerman Friedrich Merz mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Cina Wong Yi di sebalik persidangan keselamatan Munich di Jerman
00:09dengan kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk memperkukuh kerjasama praktikal serta memajukan hubungan dua hala.
00:17Menurut kenyataan, Wong yang juga anggota Biro Politik Jawatan Kuasa Pusat Parti Komunis Cina
00:23menyampaikan salah mesra pimpinan Cina kepada Merz selain menegaskan peranan penting pertumbuhan bangsa-bangsa bersatu kekal dan tidak boleh digantikan
00:32dalam takbir urus global.
00:35Beliau berkata inisiatif takbir urus global yang dikemukakan oleh Presiden Cina Xi Jinping bertujuan memperkukuh peranan PVB
00:42serta membina sistem takbir urus global yang lebih adil dan munasabah.
00:45Cina katanya bersedia bekerjasama dengan Jerman bagi menyediakan fasa seterusnya pertukaran peringkat tinggi
00:52meningkatkan kerjasama praktikal dalam pelbagai bidang serta membawa perkongsian strategik menyeluruh Cina-Jerman ke tahap baharu.
01:00Sementara itu, Merz menyatakan komitmen Jerman untuk menegakkan aturan antarabangsa
01:05berasaskan peraturan serta melindungi status dan peranan World Trade Organization
01:10yang menurutnya selari dengan visi Cina terhadap takbir urus global.
01:14Beliau turut menegaskan pendirian Jerman untuk terus berpegang kepada dasar satu Cina
01:19selain menyuarakan harapan agar pertukaran peringkat tinggi antara kedua-dua negara
01:24dapat diperkukuh bagi memajukan hubungan Cina-Jerman.
Comments