00:00Sebanyak 503 kes baru tuberkuloisis atau TB dikesan di seluruh negara sehingga minggu epidemiologi kelima tahun ini atau ME5-2026
00:10menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 2,571 setakat ini.
00:15Menurut Kementerian Kesehatan Malaysia, KKM, Sabah merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 614 kes.
00:24Ini diikuti Selangor 476 kes, Sarawak 257 kes, Johor 233 kes serta Kuala Lumpur dan Putrajaya 202 kes.
00:34Kenyataan sama memaklumkan sebanyak 148 kes direkodkan di Pulau Pinang, Kedah 144 kes, Perak 127 kes, Kelantan 96 kes, Pahang
00:4781 kes, Terengganu 60 kes, Negeri Sembilan 58 kes, Melaka 42 kes, Perlis 17 kes dan Labuan 16 kes.
00:56Sehubungan itu, menjelang musim perayaan dan cuti panjang, KKM menasihatkan orang ramai supaya lebih peka terhadap langkah pencegahan penyakit berkenaan.
01:06KKM turut menasihatkan individu yang mengalami gejala seperti batuk berpanjangan, demam, hilang selera makan atau susut berat badan supaya segera
01:14menjalani saringan di fasiliti kesihatan terdekat.
01:16Langkah ini menurut KKM bukan saja berteraskan prinsip penilaian risiko kendiri malah merupakan tanggungjawab sosial yang amat penting bagi melindungi
01:24diri, keluarga serta komuniti daripada risiko jangkitan penyakit berjangkit.
Comments