00:00Ketua Pesuruh Jaya Suruhanjaya Penjagaan Rasuah Malaysia SPRM Tan Sri Azam Baki menolak desakan supaya beliau bercuti susulan siasatan yang
00:08sedang dijalankan terhadap dirinya.
00:10Azam berkata demikian bagi menjawab desakan beberapa ahli parlimen terhadapnya sambil menegaskan bahawa perkara itu bukan satu isu.
00:19Pada masa yang sama, beliau akan menyaman Bloomberg jika tidak mendapat jawapan kepada surat tuntutannya dalam tempoh 14 hari.
00:26Azam mendakwa surat itu dihantar kepada Bloomberg kerana menerbitkan artikel fitnah mengenainya.
00:32Artikel itu sebelum ini mendakwa beliau memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan.
00:38Menurut laporan tersebut, kenyataan demikian dibuat berdasarkan pemfailan korporat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM.
00:46Azam bagaimanapun menegaskan pegangan saham beliau bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus dan mengikut prosedur.
00:56Terima kasih telah menonton!
Comments