00:00Seterusnya, pengagihan air secara berjadual atau bekalan air berjadual BAB di daerah Keluang dan Pontian diteruskan dengan jadual baru bermula
00:08esok sehingga 28 Februari depan.
00:11Menurut operator air Johor Renhill SAJ, pelaksanaan itu susulan paras tadahan empangan macab menunjukkan tren penurunan dan pada tahap pemantauan
00:21yang rapi.
00:23Agihan bekalan air akan dilaksanakan mengikut ketetapan 24 jam dengan bekalan air, manakala 48 jam berikutnya tiada bekalan air.
00:31Berdasarkan kenyataan di Facebook, perbahagian bekalan adalah mengikut zon dan jadual yang ditetapkan demi memastikan pengurusan sumber air mentah dapat
00:40dilaksanakan secara terkawal selain menstabilkan operasi logi rawatan air dalam keadaan kapasiti yang terhad.
00:47Menurut syarikat itu, bekalan air alternatif melalui lori tangki, tangki statik dan air mineral masih aktif digerakkan mengikut keperluan di
00:56lokasi strategik.
00:58BAB mula dilaksanakan 7 Februari lepas dengan bekalan air disalurkan selama 36 jam diikuti 36 jam berikutnya tanpa bekalan air.
Comments