Skip to playerSkip to main content
  • 7 weeks ago
Polis Johor mengenal pasti 47 lokasi hotspot kesesakan dan 38 lokasi black spot kemalangan yang akan diberi tumpuan sepanjang Ops Selamat 25 sempena Tahun Baharu Cina 2026.
Transcript
00:00Polis Johor mengesan 47 lokasi panas atau hotspot yang kerap berlaku kesesakan dan 38 lokasi black spot kemalangan di seluruh
00:11negeri.
00:11Ketua Polis Johor Dato' Abdul Rahman Arsad berkata lokasi tumpuan turut melibatkan laluan utama sempadan negara iaitu Mangunan Sultan Iskandar
00:20dan Kompleks Sultan Abu Bakar.
00:24Semua lokasi berkenaan diberi tumpuan sepanjang Ops Selamat 25 sempena Tahun Baru Cina 2026.
00:31Seramai 1,801 pegawai dan anggota digerakkan sepanjang operasi termasuk 57 pegawai dan 619 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.
00:42Operasi yang bermula ahad hingga 20 Februari memberi fokus kepada kelancaran trafik, meminimumkan kemalangan terutama kes maut serta pencegahan jenayah
00:52pecah rumah.
00:53Antara 6 kesalahan utama yang diberi tumpuan ialah memandu di lorong kecemasan, melebihi had kelajuan dan memotong barisan.
01:01Polis menjangkakan peningkatan kemasukan kenderaan ke Johor antara 30 hingga 40% berbanding hari biasa, susulan cuti sekolah dan perayaan.
01:11Orang ramai diseru memaklumkan pergerakan balik kampung kepada polis melalui borang di balai berhampiran atau aplikasi volunteer smartphone patrol.
Comments

Recommended