00:00Seorang pemandu e-hailing yang didakwa mengejar seorang wanita sambil memegang pisau di sebuah pusat beli-belah minggu lalu berdepan
00:07dua pertuduhan di Mahkamah Session Air Keruh pada Khamis.
00:11Tertuduh Lim Toh Seng, 50 tahun, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan di hadapan Hakim Raja Nur, Adila Raja
00:19Mahaldin.
00:20Bagi pertuduhan pertama, bapa tunggal itu didakwa memiliki sebilah pisau tanpa kebenaran yang sah di tempat awam sekitar jam 9
00:28.30 malam Sabtu lalu.
00:30Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6 Kurungan 1 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1957 yang memperuntukkan hukuman
00:40penjara tidak kurang daripada 5 tahun dan tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya
00:48sekali.
00:48Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan pakir pusat beli-belah di Bandaraya Melaka dalam daerah Melaka Tengah.
00:56Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan ketakutan kepada seorang pelajar perempuan berusia 21 tahun di lokasi sama dengan
01:05mengejarnya sambil membawa sebilah pisau.
01:08Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya
01:18sekali.
01:18Peguam tertuduh Ishak Mohamad Kare memohon agar jumlah jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh bekerja sebagai pemandu e-hailing dengan pendapatan tidak
01:28menentu selain menyara anak sendirian selepas istrinya pulang ke China.
01:32Malah tertuduh juga baru kehilangan RM10,000 selepas ditipu seorang wanita warga Vietnam sebelum ini yang turut menjejaskan keuangannya.
01:41Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 bagi pertuduhan pertama dan RM3,000 bagi pertuduhan kedua dengan seorang penjamin bagi
01:51setiap pertuduhan.
01:52Sebutan semula kes ditetapkan 26 Mac depan.
Comments