00:00Siasatan masih sedang berjalan oleh pihak agensi anti-bercakap kosong AABK
00:05berhubung satu kes yang belum menemui jalan penelesaian.
00:09Kes ini menjadi tanda tanya apabila murid terbabit dikesan mampu bercakap
00:14tanpa mengira waktu, keadaan dan cuaca.
00:16Leporan siasatan mendapati suspek masih mampu bercakap
00:20walaupun ketika berkumur, menelan nasi, menggigit ayam goreng yang rangu,
00:25meminum air kopi ciknah dan paling mengejutkan ketika guru sedang mengajar
00:29di dalam kelas.
00:30Setelah siasatan di makmal dijalankan selama empat jam,
00:34ketua AABK akhirnya memperoleh hasil siasatan rasmi.
00:38Selepas pemirsaan penuh di makmal pemirsaan mulut,
00:41kami dapati suspek memiliki mulut.
00:45Saya sebenarnya tak nak cakap, tapi mulut saya ni tak nak diam.
00:48Kes ini mengingatkan kita semua bahawa bercakap itu adalah fitrah
00:52tetapi diam pada waktunya adalah adab.
00:55Ketika guru mengajar, mendengar lebih mulia daripada bersuara.
00:58adab dijaga ilmu terpelihara.
Comments