Skip to playerSkip to main content
'Luluh hati saya isteri bersama bayi pergi sekelip mata'

"Luluh hati saya, isteri bersama bayi kami pergi selamanya ketika berbaki lagi seminggu Ramadan. Dua lagi anak kami masih di zon merah Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru."

Demikian luah Muhammad Asyraf Yatim, 34, suami kepada Nor Balqis Yazid, 24, yang maut bersama anak Mohd Bilal Asyraf berusia tiga bulan dalam kemalangan di Kilometer 65, di Jalan Sungai Rengit- Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Dalam kejadian pada jam 7 malam Selasa, kereta Perodua Bezza dipandu Nor Balqis bersama lima penumpang termasuk tiga anaknya terbabit nahas dengan sebuah lori.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767705/berita/semasa/luluh-hati-saya-isteri-bersama-bayi-pergi-sekelip-mata

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #keskemalangan #ibuanakmautkemalangan
Transcript
00:00Luluh hati saya, isteri bersama bayi kami pergi selamanya ketika berbaki lagi seminggu Ramadhan.
00:07Dua lagi anak kami masih dirawat di Zon Merah Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
00:13Demikian luah Muhammad Ashraf Yatim, 34 tahun, suami kepada Nur Balkis Yazid, 24 tahun,
00:21yang maut bersama anaknya Muhammad Bilal Ashraf berusia tiga bulan dalam kemalangan di kilometer 65 Jalan Sungai Rengit, Kota Tinggi.
00:32Dalam kejadian pada petang selasa, kereta Perodua Beza dipandu Nur Balkis bersama lima penumpang termasuk tiga anaknya terbabit nahas dengan sebuah lori.
00:44Muhammad Ashraf berkata, dia dimaklumkan oleh seorang rakan mengenai nahas yang menimpa isteri dan anaknya itu kira-kira jam 7 malam.
00:54Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, dia berasa sebab melihat keadaan isterinya yang tersepit di dalam kenderaan.
01:03Kata Muhammad Ashraf, ketika itu dua anak perempuan berusia 8 dan 4 tahun serta Muhammad Bilal sudah dibawa ke hospital.
01:12Muhammad Ashraf berasa sedih kerana hasrat isterinya untuk mengenakan pakaian sedondon berwarna perang di pagi raya tidak tercapai.
Comments

Recommended