00:00Seorang lelaki yang tular dalam kejadian membaling kun di Plaza Tol Leboraya Damansara, Pucung, Sabtu lalu, didenda RM100 oleh Mahkamah Magistrat Shah Alam pada Rabu kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang pemandu warga negara Amerika Syarikat.
00:17Bagaimanapun, semasa rayuan bagi mengurangkan hukuman, Peguam Muhammad Saifullah Muhammad Azmi yang mewakili tertuduh K. Kanapati, 35 tahun berkata, anak guamnya yang bekerja sebagai pemandu lori bertindak sedemikian kerana telah diprovokasi oleh mangsa yang menunjukkan jari tengah.
00:37Terdahulu, tertuduh mengaku bersalah atas satu pertuduhan berkelakuan kurang sopan dengan cara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang lelaki warga asing untuk mengaibkan dan membangkitkan kemarahan dengan mengganggu keamanan.
00:52Kesalahan dilakukan pada jam 5.25 petang di Plaza Tol LDP dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil RM1955 yang memperuntukkan denda maksimum RM100.
01:07Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan tindakan seorang pemandu bertindak agresif dengan memberhentikan kenderaan di tengah kesesakan lalu lintas sebelum membaling kun serta mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemandu lain.
01:23Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamad berkata, siasatan mendapati kejadian berpunca daripada salah faham di jalan raya apabila suspek yang memandu perudua Aksia Merah cuba memasuki lorong Tachengo sebelum hampir bergesel dengan sebuah perudua Maivi yang dipandu warga asing itu.
Comments