Skip to playerSkip to main content
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan terbuka untuk disiasat oleh mana-mana jawatankuasa bebas yang ditubuhkan kerajaan bagi meneliti secara khusus perkara berkaitan pemilikan saham.

Menurut Azam, beliau tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768011/berita/semasa/saya-sedia-disiasat---azam-baki

#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #AzamBaki
Transcript
00:00Saya ingin menegaskan bahawa saya terbuka sepenuhnya untuk disiasat oleh mana-mana jawatan kuasa bebas
00:05yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi meneliti secara khusus perkara berkaitan pemilikan saham saya.
00:12Saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan.
00:16Semua pengisian kewangan dan harta telah dibuat selaras dengan peraturan perkhidmatan awam
00:21yang berkuat kuasa serta melalui saluran rasmi yang ditetapkan
00:25sebagaimana yang diwajibkan ke atas setiap penjawat awam.
00:28Saya mengalu-alukan sebarang proses yang telus, bebas dan objektif
00:34bagi menentukan fakta berasaskan bukti serta mengikut prinsip keadilan dan keluhuran undang-undang.
00:42Pendekatan semikian penting bukan saja untuk mempertahankan integriti peribadi saya
00:47malah bagi mengekalkan keyakinan rakyat terhadap SPRM sebagai sebuah institusi.
00:52Malah saya ingin menegaskan bahawa sebagai seorang penjawat awam dan ketua kepada agensi penguatkuasaan
01:00saya percaya bahawa mana-mana individu yang berhadapan dengan dawaan sewarjanya
01:05bersikap terbuka dan bersedia untuk disiasat secara bebas dan telus.
01:09Prinsip ini harus terpakai kepada semua tanpa pengucualian.
01:14Budaya accountability tidak boleh bersifat terpilih atau bermusim.
01:19SPRM sentiasa mengambil maklum setiap laporan dan aduan yang dikemukakan
01:24oleh mana-mana pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan ataupun NGO
01:28dan akan menilai setiap maklumat berdasarkan undang-undang
01:32serta fakta yang diperoleh melalui proses siasatan yang sah.
01:36Tiada siapa berada di atas undang-undang
01:39dan tiada siapa juga yang harus dihukum melalui persepsi atau naratif media semata-mata.
01:46Sepanjang perkhidmatan saya, saya kekal komited terhadap prinsip ketelusan,
01:50accountability dan kedaulatan undang-undang.
01:53Saya akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya
01:56kepada mana-mana mekanisme yang sah dan ditubuhkan secara wajar bagi meneliti perkara ini.
02:02Saya yakin kebenaran akan dapat ditegakkan
02:04melalui satu proses yang adil dan juga bebas.
Comments

Recommended