Skip to playerSkip to main content
Seorang polis bantuan didenda RM600 serta dikehendaki menjalani perintah khidmat masyarakat selama enam jam oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis selepas mengaku bersalah membuang puntung rokok di tempat awam, bukan di dalam tong sampah yang disediakan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Hakim, Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hashim Mohd Nor, 37 selaku orang kena saman (OKS) serta memerintahkannya menjalani hukuman penjara 14 hari sekiranya gagal membayar denda.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767857/berita/semasa/buang-puntung-rokok-merata-polis-bantuan-didenda-rm600-diperintah-jalani-khidmat-masyarakat

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Seremban #Saman #BuangPuntungRokok

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang polis bantuan didenda RM600 serta dikendaki menjalani Perintah Kitmat Masyarakat selama 6 jam oleh Mahkamah Session Seremban pada Khamis
00:09selepas mengaku bersalah membuang puntong rokok di tempat awam bukan di dalam tong sampah yang disediakan.
00:16Hakim Muhammad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Hashim Muhammad Nur, 37 tahun selaku orang kena saman, OKS, serta
00:24memberintahkannya menjalani hukuman penjara 14 hari sekiranya gagal membayar danda.
00:30Kitmat masyarakat pula perlu diselesaikan OKS dalam tempoh 6 bulan.
00:34Mengikut pertuduhan, Muhammad Hashim telah membuang sisa pepejal iaitu puntong rokok di kaki lima hadapan terminal bas nilai yang merupakan
00:42tempat awam dan bukannya di dalam bekas yang diperuntukkan bagi membuang sisa pepejal tersebut.
00:48Kesalahan tersebut dilakukan pada 4 Januari 2026 jam lebih kurang 11.30 pagi.
00:53Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah subseksyen 77A-1 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 Akta
01:03672 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 77A-2.
01:08Sebagai tambahan, boleh dikenakan suatu perintah kitmat masyarakat di bawah subseksyen 77B-1 Akta Sama.
01:16Sabit kesalahan denda tidak lebih RM2,000 dan membuat suatu perintah kitmat masyarakat tidak melebihi 13 jam secara agregat dalam
01:24tempoh tidak melebihi 6 bulan.
01:26OKS yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda yang minimum kerana hanya memperoleh pendapatan RM2,500 serta mempunyai 5 tanggungan.
01:35Selain itu, seorang lagi OKS iaitu Heri Kurniawan, 25 tahun, turut dijatuhkan hukuman sama selepas mengaku bersalah membuang puntong rokok
01:44di tepi longkang hadapan sebuah klinik dinilai pada 1 Januari lalu, jam lebih kurang 1-1 minit pagi.
01:50Dia yang masih bujang merayu dendanya dikurangkan kerana tiada pekerjaan tetap serta mempunyai 2 tanggungan.
01:57Pegawai pendakwa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam SW Corp, Siti Adora Rahkimen memohon mahkamah mengenakan hukuman denda setimpal
02:06serta perintah kitmat masyarakat terhadap kedua-dua tertuduh supaya dapat memberi pengajaran kepada seluruh lapisan masyarakat.
Comments

Recommended