00:00Seorang remaja lelaki 18 tahun dipercayai dibunuh di sebuah rumah sewa di Lundu pada pagi Kamis.
00:08Ketua Polis Daerah Lundu, Sepretenden Sudirman Kram berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 7.12 pagi daripada pegawai Perubatan Hospital
00:17Umum Sarawak, HUS.
00:20Mangsa dihantar ke unit kecemasan HUS dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.
00:27Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan bengkak pada bagian mata dan pipi kiri serta kesan darah kering pada hidung.
00:36Sudirman berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama-sama beberapa rakan sekerja menghadiri penjumpaan sosial dan dipercayai mengambil minuman keras sebelum
00:46kejadian.
00:47Beliau berkata, setelah itu berlaku petengkaran antara mangsa dengan seorang rakan sekerja yang tinggal serumah sebelum bertukar menjadi pergaduhan fizikal.
00:56Mangsa dilaporkan pengsan selepas kejadian dan dibawa ke hospital oleh suspek untuk rawatan.
01:03Sudirman berkata, polis telah menahan 3 lelaki berusia antara 29 hingga 33 tahun dan merampas sebuah kenderaan pacuan 4 roda
01:12serta beberapa telefon bimbit untuk siasatan lanjut.
01:16Beliau berkata, polis juga giat mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai melarikan diri selepas menghantar mangsa ke hospital.
01:24Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana membunuh.
Comments