Skip to playerSkip to main content
  • 7 weeks ago
Seorang juruteknik minyak dan gas, Mohd Junaidi Mamat, maut selepas Perodua Viva yang dipandunya dirempuh pikap yang hilang kawalan di Jalan Paka–Bandar AMBS. Rempuhan menyebabkan kereta mangsa terbakar, namun orang awam sempat menarik mangsa keluar sebelum api marak. Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang juruteknik maut selepas kereta Perdua Viva yang dipandunya dirempuh sebuah kenderaan pikap di jalan pakar Bandar Al-Muqtafi Bilashah pagi selasa.
00:10Mangsa Muhammad Jenaidhi Muhammad, 43 tahun, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Bandar Ketengah Jaya akibat kerjaan parah pada bahagian dada dan kaki.
00:20Kejadian berlaku sekitar 6.30 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari kediamannya di Felda Kertih I menuju ke tempat kerja di Bandar Pakar.
00:30Sebuah pikap dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan mangsa dan merempuh Perdua Viva tersebut secara berhadapan.
00:39Rempuhan kuat itu turut menyebabkan kereta mangsa terbakar.
00:42Mangsa disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan kecemasan.
00:46Manakala pemandu dan penumpang pikap terbabit hanya mengalami kejudaan ringan.
00:51Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.
00:57Kes disiasat di bawah Stasyon 41 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau berbahaya.
01:16Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended