Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Inovasi inverter baharu berpotensi menggantikan generator petrol di pasar malam, sekali gus mengurangkan pelepasan karbon serta pencemaran bunyi. Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM, Dr. Faizal Kasri, penggunaan inverter lebih selamat, lebih menjimatkan dan tidak memerlukan petrol.
Transcript
00:00Perlepasan karbon menerusi generator jenis petrol yang mampu memudaratkan kesihatan, kini hampir menemui penaman selepas satu inovasi berpotensi untuk menggantikan generator itu kepada bateri jenis inverter.
00:15Menurut persyarahkanan Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM, Dr. Faizal Khasri, dari sudut teknikal, produk inverter ini adalah jauh lebih selamat di samping tidak memerlukan minyak petrol dan menjamin kos operasi peniaga ke arah yang lebih menjimatkan.
00:32Kita pakai inverter, kita dah tak ada bunyi. Perlepasan haba pun dah kurang. Maka dari sudut teknikalnya, inverter ini jauh lebih jimat, jauh lebih selamat, jauh lebih hijau berbanding generator minyak.
00:43So, kaedah dia sangat mudah. Kalau kita boleh kata, seperti petik jari saja, dah boleh pakai inverter itu. Kalau generator minyak, Encik Nas, kita kena tarik.
00:53Tarik ini. Jadi, bila dah tarik itu, dia kena ada effort yang tinggi. Semata-mata nak hidupkan elektrik saja. Tahun 2026, takkan kita nak pakai generator minyak lagi. Patut kita pakai tekan button, semua dah hidup.
01:05Beliau berkata demikian dalam perancangan awal pagi pada Selasa, mengulas mengenai program pasar malam hijau dikuasakan Power Inverter 2.0.
01:15Sementara itu, Dr. Faizal turut menyatakan beberapa cabaran besar turut dilalui pasukannya termasuk mencari komponen yang bersesuaian mengikut kepada asas awal pembikinan inverter tersebut, iaitu mencegah pencemaran udara serta bunyi.
01:29Selain itu, Dr. Faizal serta pasukannya turut meletakkan harapan agar penggunaan inverter ini dapat dipeluaskan ke serata Johor, seterusnya ke seluruh Malaysia.
Comments

Recommended