00:00Kita mulakan dahulu dengan laporan mengenai bekas pengerusi Filda Tan Sri Muhammad Isa Samad kekal di penjara 6 tahun dan denda 15.45 juta ringgit berhubung 9 tuduhan rasuah berjumlah 3 juta ringgit berkaitan pembelian berdeka Palace Hotel Suites MPHS di Kuching Sarawak 12 tahun lalu.
00:20Panel 3 Hakim Mahkamah Persekutuan di Ketuai Datuk Nurten Hassan sebulat suara membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Muhammad Isa 77 tahun oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Mac 2024.
00:36Yang turut bersidang dalam panel berkenaan ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Lee Swee Seng dan Datuk C. Muhammad Ruzi Maghazali.
00:44Manakala pendakwaan diwakili timbalan pendakwa raya Afzai Nizam Abdul Aziz selaku perayu dan Muhammad Isa selaku responden diwakili peguam M. Ati Mulan.
00:55Dengan keputusan itu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu akan dibawa serta merta ke penjara Sungai Buloh untuk menjalani hukuman penjara.
01:02Mahkamah Rayuan sebelum ini mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 6 tahun serta denda 15.45 juta ringgit yang dibutuskan Mahkamah Tinggi terhadap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.
01:14Mahkamah Tinggi pada 3 Februari 2021 mendapati Muhammad Isa bersalah atas 9 pertuduhan rasuah membabitkan RM3.09 juta ringgit serta menjatuhkan hukuman penjara 6 tahun dan denda 15.45 juta ringgit dengan tambahan 18 tahun penjara sekiranya gagal membayar denda.
01:34Isa yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan bagaimanapun dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan terbabit oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Mac 2024 yang mendorong pihak pendawaan merayu ke Mahkamah Persekutuan.
01:50Panel Hakim mendengar rayuan itu pada Khamis lalu dan menetapkan hari ini untuk keputusan.
01:55Pada 2018, Muhammad Isa didakwa atas 9 pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3.090.000 melalui bekas pegawai khasnya Muhammad Zahid Mat Arif daripada bekas ahli lembaga pengarah ALP Syarikat Gagasan Abadi Properti Sendirian Berhad GAPSB Ikwan Zaidel.
Comments