Skip to playerSkip to main content
  • 6 days ago
Sejumlah 10 operasi pembenihan awan akan dilakukan di Johor, Kedah dan Perak susulan penyusutan paras air dibeberapa empangan utama akibat cuaca panas dan kering yang melanda kebanyakan negeri di Malaysia.
Transcript
00:00Sebanyak 10 operasi pembelihan awan akan dilakukan di negeri Johor, Kedah dan Perak bermula Rabu.
00:06Susulan paras air di beberapa empangan menyusut berikutan cuaca panas ketika ini.
00:11Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi berkata operasi akan melibatkan masing-masing 3 lokasi di Johor dan Kedah sementara 1 di Perak.
00:21Langkah intervensi itu akan dibuat secara berperingkat bermula 11 hingga 15 Februari melibatkan beberapa empangan kritikal di tiga negeri berkenaan.
00:31Dia telah sampai ke peringkat amaran dan kita tidak mahu bila sampai ke peringkat yang kritikal baru kita berusaha.
00:42Sebab sekarang ini kita sedang mengalami musim barat daya MBD.
00:49Beliau berkata pembelihan awan di Johor akan dijalankan pada 11 dan 12 Februari melibatkan empangan apelayang, empangan pulai 1 dan empangan macab.
01:00Seterusnya pada 13 dan 14 Februari, operasi diteruskan di Kedah dan Perak merangkumi empangan pedu, empangan muda, empangan ahning serta empangan bukit merah.
01:11Manakala operasi terakhir dijadwalkan pada 15 Februari sekali lagi di Johor melibatkan tiga empangan sama iaitu apelayang, pulai 1 dan macab.
01:19Keadaan cuaca kering yang berpanjangan sebelum ini menyebabkan paras air beberapa empangan menunjukkan tren penurunan.
Comments

Recommended