Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pengerusi Bangladesh Nationalist Party (BNP), Tarique Rahman, menegaskan beliau tidak akan membentuk kerajaan perpaduan jika partinya menang pilihan raya pada 12 Februari.
Transcript
00:00Pemimpin parti Bangladesh Nasionalisti parti BNP, Tariq Rahman, mendedahkan tidak akan menerima sebarang tawaran bagi pembentukan kerajaan perpaduan.
00:09Menurut calon utama jawatan Perdana Menteri Bangladesh itu, beliau yakin parti pimpinannya mampu memenangi jumlah kerusi bagi mentadbis secara bersendirian selepas pilihan raya umum pada 12 Februari nanti.
00:30Kerajaan perlukan pimpinan untuk mengimbangkan semua perkara. Perlukan pimpinan yang baik. Saya rasa, saya tidak tahu apa yang akan menjadi nombor pimpinan mereka, tapi jika mereka di pimpinan, saya harapkan mereka sebagai pimpinan yang baik.
00:48Pencabar utama Rahman dalam pilihan raya nanti ialah Jamaat E-Islami. Parti pernah diharamkan tetapi kini kembali aktif.
00:56Sebelum ini juga, kedua-dua parti pernah bergabung membentuk kerajaan antara 2001 hingga 2006 dan Jamaat E-Islam menyatakan kesediaan untuk menghidupkan semula kerjasama tersebut bagi menstabilkan negara.
01:10Bangladesh akan mengadakan pilihan raya pada Rabu yang pertama sejak kejatuhan pimpinannya, Sheikh Hasina.
01:17Negara Asia Selatan yang dihuni 170 juta penduduk itu ditadbir kerajaan sementara pimpinan Muhammad Yunus.
Comments

Recommended