Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Penggunaan lampu atau siren kecemasan oleh orang awam bagi meredah kesesakan lalu lintas disifatkan sebagai tindakan yang melangkaui undang-undang dan boleh dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.
Transcript
00:00Penggunaan lampu atau siren kecemasan oleh orang awam bagi meredah kesesakan lalu lintas disifatkan sebagai tindakan yang melangkaui undang-undang dan boleh dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.
00:11Timbalan Pengarah 1, Penguatkuasaan Kawalan Lalu Lintas, Pengurusan Saman Jabatan Sesatan dan Penguatkuasaan Trafik CSPT Bukit Aman, Deputi Kepesina Mohd Rozi Jidin berkata,
00:22hanya kenderaan pihak berkuasa serta agensi kecemasan seperti ambulans, polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan GPJ dibenarkan menggunakan siren serta lampu kecemasan bagi membuka laluan ketika menjalankan tugas rasmi.
00:37Beliau menegaskan bahawa tindakan orang awam menggunakan siren atau lampu kecemasan bukan sahaja melanggar undang-undang malah berisiko menyebabkan kemalangan serta boleh dikenakan saman.
00:48Dengan konteks di sini, orang awam beranggapan ini adalah pihak berkuasa dan ini menimbulkan satu penyamaran, menyamar pihak berkuasa di bawah kanun kesiksaan.
01:02Boleh juga diambil tindakan, jika lebih lagi daripada itu. Tapi yang paling penting sekaliannya adalah keselamatan.
01:10Beliau berkata demikian dalam program Awani Pagi pada Selasa.
01:13Muhammad Rozi turut menyuarakan kebimbangan bahawa sekiranya penggunaan siren kecemasan oleh orang awam berleluasa, laluan kecemasan tidak lagi dihormati sebagai laluan khusus untuk kenderaan penyelamat.
01:25Kita tidak mahu negara kita ini, semua orang menggunakan beacon light, kita panggil beacon light ataupun siren kecemasan itu menyebabkan masyarakat tidak aware lagi yang mana satu orang awam, yang mana satu pihak berkuasa.
01:40Dan akan timbul nanti kecemasan tidak akan jadi laluan khusus lagi, keselamatan tidak akan menjadi laluan khusus lagi.
01:49Dan ini akan menimbulkan satu fenomena yang tidak sihat ataupun keselamatan yang terancam dalam negara kita jika sekiranya masyarakat sewenang-wenangnya menggunakan lampu kecemasan ataupun siren kecemasan dalam meredah kesesakan lalu lintas.
02:07Sehubungan itu, Muhammad Rozi memberi amaran bahawa pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang ingkar termasuk mengesan alamat kediaman pemilik kenderaan bagi tujuan penguatkuasaan dan saman.
Comments

Recommended