00:00Sultan Selangor, Sultan Syarafri Idris Shah bertitah, baginda tidak berkenan penternakan babi sama ada berskala besar atau kecil dijalankan di mana-mana daerah di Selangor.
00:13Titah baginda, aktiviti itu boleh menyebabkan risiko pencemaran dan menjejaskan keharmonian masyarakat setempat.
00:20Setiausaha sulit Sultan Selangor, Dato' Muhammad Munir Bani dalam satu kenyataan, memaklumkan baginda turut menyambut baik ucapan Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim
00:31yang tidak bersetuju penternakan babi dibuat di kawasan dibantah penduduk tempatan dan boleh menimbulkan kontroversi serta tidak perlu melaksanakan aktiviti itu jika tiada kawasan bersesuaian khususnya di Selangor.
00:45Beliau berkata sebagai contoh, cadangan penternakan babi di Bukit Tagar di daerah Hulu Selangor yang juga kawasan penduduk orang Melayu dan kawasan Felda pastinya menerima bantahan daripada penduduk Melayu dan persekitarannya.
01:00Ia juga boleh mengakibatkan pencemaran kepada kawasan tadahan air dan juga sungai yang mebekalkan sumber air bersih kepada penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
01:10Menurut kenyataan itu lagi, walaupun pencemaran udara dan sungai boleh diatasi dengan kaedah pertenakan modern, ia memerlukan perbelanjaan besar dan tidak mungkin mampu dibiayai mana-mana pihak yang bertenak hanya untuk bekalan daging babi di Selangor.
01:26Selain itu, negeri Selangor mempunyai kebatasan tanah dan nilai hartanah yang tinggi menjadikan pertenakan babi tidak sesuai dilaksanakan.
01:34Sebagai langkah alternatif, katanya Sultan Selangor menyarankan kerajaan memberikan lesen pengimportan daging babi bagi memenuhi keperluan masyarakat bukan Islam, khususnya masyarakat Cina, bagi mengurangkan keberantungan kepada pertenakan tempatan serta mengelakkan isu pencemaran dan konflik penduduk.
01:53Kenyataan itu menyebut Bagida menegaskan isu pertenakan babi perlu dihentikan dan dimuktamadkan segera bagi memelihara keresahan masyarakat, keharmonian serta perpaduan di Selangor.
Comments