00:00Pergolakan politik di Myanmar menyebabkan Malaysia berdepan limpahan kira-kira 200,000 pelarian Rohingya terutama di Langkawi, Kedah.
00:08Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan berkata India turut berdepan masalah sama dalam menampung pelarian Rohingya berikutan perkongsian sempadan dengan Myanmar, merentasi empat negeri.
00:20Kita nak lihat supaya Myanmar yang aman. Kerana Myanmar yang tak aman mengibatkan Malaysia juga menerima akibat yang besar.
00:27Kerana kita sekarang sedang menghadapi lebih 200,000 orang pelarian Rohingya di Malaysia terutamanya di kawasan Langkawi dan Merata Malaysia.
00:37Dan juga di India, limpahan pelarian daripada Myanmar disebabkan oleh kawasan-kawasan yang tidak aman menyebabkan India juga menerima impak yang besar terhadap perkara yang berlaku di Myanmar.
00:49Jadi kita bersama-sama selalu, kami selalu bertukar-tukar pandangan, selalu bertukar-tukar cadangan bagaimana cara untuk bersama-sama mengurus keadaan tidak tenteram di Myanmar ini agar ia kekusutan dalaman Myanmar ini tidak melempah sampai keluar.
01:11Sementara itu, beliau menegaskan Malaysia tidak memberikan sokongan penuh terhadap pilihan raya yang diadakan di Myanmar baru-baru ini kerana prosesnya tidak telus.
01:20Pendurian Perkenaan mengambil kira pilihan raya di negara itu dijalankan secara berperingkat dan berkelompok.
01:26Dengan beberapa kawasan tidak dapat mengadakan proses pengundian kerana masih berada di bawah penguasaan tentera.
Comments