Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Mohd Shuhaily berkata AKPS akan mempertimbang menyerap veteran Angkatan Tentera Malaysia yang bersara awal dan kompeten.
Transcript
00:00Veteran Angkatan Tentera Malaysia bakal diserap ke dalam Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, AKPS, bagi memperkukuh keupayaan penguatkuasaan.
00:11Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Muhammad Syuhaili Muhammad Zain memberikan contoh veteran tentera laut diraja Malaysia, TLDM, yang dilihat aset berharga khususnya dalam konteks maritim dan di pelabuhan.
00:24Cuma saya ingin menjelaskan di sini bahawa apa yang kita ambil adalah pegawai askar yang bersara dalam short service yang masih lagi bertenaga dan muda untuk melaksanakan tugasan-tugasan di lapangan.
00:44Dalam konteks apa kita akan perlu melihat kepakaran masing-masing dan kehendak AKPS di tempat tersebut.
00:53Di sini sudah tentu kita mungkin memerlukan tapi daripada sudut kerja yang bagaimana.
01:02Sebab kita tahu mungkin pegawai TLDM sesuai di sini kan dan mereka lebih fasih perihal kapal dan sebagainya mungkin mereka sesuai.
01:14Itu perbincangan lanjut saya ataupun agensi saya dengan pihak veteran ATM.
01:19Tambah Syuhaili, usia AKPS yang masih setahun jagung menyebabkan mereka seolah-olah tempang mendepani modus operandi sindiket pada ketika ini.
01:30Antaranya penggunaan surat pengisytiharan palsu bagi mengelirukan anggota di pusat pemiksaan.
01:35Barang kalau orang nak menyeludup dia akan letak benda yang baik di hadapan dan letak benda di belakang.
01:42Secara konvensionalnya kita terpaksa memunggah barang ini untuk melihat apa isi kandungan di dalam.
01:48Seperti semua sedia maklum, a scanner is a scanner. It's like an X-ray machine.
01:53Until orang yang boleh membacanya dengan baik, barulah kita tahu bahawa barang itu adalah barang yang terlarang.
02:00Dan orang yang nak menyeludup akan membuat segala perkara yang boleh untuk memastikan ada pembiasaan dalam image X-ray tersebut.
02:09Di sinilah kepakaran dan keikhlasan pegawai bertugas tersebut amat ditagih oleh AKPS.
02:17Di pelabuhan Kelang ini, salah satu pintu masuk negara, pelbagai bentuk ancaman boleh menyelinap.
02:25Di sebalik setiap kontena ini, sentiasa wujud kemungkinan kargo membawa mudarat kepada tanah air.
02:32Bahaya biologi atau kimia segalanya mungkin.
02:34Perjuangan diteruskan di pelabuhan ini demi keselamatan Ibu Pertiwi, Asyar Malik dan Juga Kema Akil Azmi untuk Astro Awani.
Comments

Recommended