Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Transcript
00:00Seorang lelaki ditahan selepas disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh dengan melondihkan seluar ketika menghadiri seminar sijil pelajaran Malaysia di sebuah universiti swasta di Ibu Negara.
00:22Reman ke atas suspek lelaki yang disyaki membunuh ibu kandungnya di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara di Alustar disambung tujuh hari hingga Ahad.
00:38Polis menahan empat individu termasuk warga Cina dan Hong Kong dalam serbuan aktiviti pengedaran dadah di Jalan Tun Razak pada Ahad.
00:46Kerajaan hari ini mula menyalurkan sumbangan asas rahmah atau SARA untuk semua melibatkan peruntukan RM2.2 bilion kepada lebih 22 juta pemegang MyCard warga negara Malaysia menurut Kementerian Kewangan.
01:05Kerajaan tidak pernah menentang aktiviti penternakan babi namun operasinya tidak wajar diteruskan jika dibangunkan di kawasan yang menimbulkan kegelisahan penduduk setempat.
01:16KPDN sedang mengkaji mekanisme menyekat penggunaan kad kredit asing bagi pembelian petrodron 95 di negara ini.
01:26KDN akan memulakan proses pindaan Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas 2012 SOSMA selepas menerima kelulusan secara dasar daripada Jumah Menteri pada Jumat lalu.
01:38Plus Malaysia Berhad Plus akan mengaktifkan sebanyak 32 lokasi smart lane di sepanjang lebuh raya utara selatan bagi melancarkan aliran trafik sempena sambutan Tahun Baru Cina.
01:52Penyerang yang membunuh 51 jemaah di dua masjid di New Zealand tujuh tahun lalu berkata dirinya berada dalam keadaan tidak rasional ketika mengaku bersalah atas pertuduhan dikenakan terhadapnya.
02:06Parti Bumjata yang diterajui Anu Tin Chan Virakul hampir mementuk kerajaan Thailand, susulan pengiraan awal kerusi parlimen daripada pelian raya umum pada Ahad.
02:17Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended