Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Nilai jualan sektor pembuatan berjumlah RM1.97 trilion pada 2025, kenaikan 4.2 peratus daripada RM1.89 trilion dicatatkan pada 2024, manakala jualan pada Disember tahun lepas meningkat 6.4 peratus tahun ke tahun sebanyak RM168.6 billion.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Nilai jualan sektor pembuatan berjumlah RM1.97 triliun pada 2025, kenaikan 4.2% berbanding 2024, manakala jualan pada Desember tahun lepas meningkat 6.4% tahun ke tahun, sebanyak RM168.6 bilion.
00:18Ketua Perangkawan Datuk Seri Muhammad Uzir Mahidin berkata pertumbuhan nilai jualan sektor pembuatan kebanyakannya didorong oleh produk elektrik dan elektronik yang menokok 12.6% pada Desember 2025.
00:31Pertumbuhan itu turut disokong oleh subsektor makanan, minuman dan tembakau serta produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka, masing-masing meningkat 10.4% dan 5.3%.
00:48Bagaimanapun Muhammad Uzir berkata jika dibandingkan mengikut bulan, pertumbuhan nilai jualan susut kosong perpuluhan 5% berbanding RM169.4 bilion dicatatkan pada November 2025.
01:03Beliau berkata pertumbuhan nilai jualan industri berorientasikan ekspor mewakili 70.4% daripada jumlah jualan meningkat 6.8% pada Desember 2025.
01:15Begitu juga dalam industri berorientasikan domestik ia meningkat sebanyak 5.6% pada Desember 2025.
01:24Mengulas mengenai jumlah pekerja, Muhammad Uzir berkata terdapat 2.4 juta pekerja direkodkan dalam sektor ini pada Desember 2025 bertambah sebanyak 1.1%.
01:36Berasaskan bulan ke bulan, jumlah pekerja dalam sektor ini meningkat 0.1%.
01:41Sementara itu, beliau berkata gaji dan upah yang dibayar dalam sektor pembuatan berkembang 2.5% berjumlah RM9.1 bilion pada September 2025.
Comments

Recommended